Polis dedah nama satu daripada dua suspek letupan stesen Parsons Green di London

0
33

LONDON: Seorang suspek terbabit dalam insiden letupan di sebuah stesen kereta api bawah tanah Parsons Green di barat London yang ditahan polis Sabtu lepas, dikenal pasti sebagai Yahyah Farroukh, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan televisyen tempatan pada Isnin.

Berusia 21 tahun, suspek beralamat di Stanwell, Surrey dan gambarnya disiarkan buat pertama kali oleh media Britain sejak suspek ditahan di sebuah kedai ayam goreng di Hounslow pada Sabtu malam.

Seorang lagi suspek berusia 18 tahun ditahan di pelabuhan feri Dover pada Sabtu pagi.

Letupan di stesen kereta api Parsons Green pada Jumaat lepas mengakibatkan 30 orang cedera.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan kali kelima yang berlaku di negara berkenaan sejak enam bulan lepas.

Sebelum ini, insiden letupan berlaku di Westminster, London Bridge dan Finsbury Park serta di konsert Ariana Grande di Manchester yang mengorbankan puluhan nyawa serta mencederakan lebih 150 orang.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here