Polis ditikam selepas solat

[ad_1]

DUA anggota polis Indonesia cedera ditikam suspek pengganas selepas solat Isyak di masjid berhampiran ibu pejabat polis di Jakarta, hari ini.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto berkata, kejadian itu dipercayai serangan pengganas dan suspek ditembak mati.

Anggota polis yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

“Selepas solat, suspek mengeluarkan pisau dan menyerang orang di kiri dan kanannya,” kata Wasisto.

Identiti suspek belum dikenal pasti polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2017 @ 11:53 PM

[ad_2]

Leave a Comment