Polis Indonesia kaitkan Daesh dengan serangan

0
51


JAKARTA: Polis Indonesia berkata mereka percaya militan Daesh ada kaitan dengan pengebom nekad yang mengorbankan tiga pegawai polis semalam.

Jurucakap polis, Awi Setyono ketika ditanya pada sidang media sama ada serangan itu ada kaitan dengan militan Daesh, berkata:

“Ada kaitan.”

Tiga anggota polis maut sementara enam pegawai dan lima orang awam cedera dalam serangan yang menyebabkan anggota tubuh dan kaca bertaburan di atas jalan. Penyerang maut dalam serangan.

Pihak berkuasa di negara majoriti penduduk Islam itu tidak memberi petunjuk kumpulan mana menjadi dalang serangan bom stesen bas terbabit namun mereka mengesyaki rangkaian militan tempatan yang menyokong Daesh.

Siasatan utama diserahkan awal hari ini kepada skuad anti-keganasan elit polis, Densus 88, yang memainkan peranan utama dalam mengesan dan membunuh sesetengah militan paling dikehendaki Indonesia.

Polis percaya anggota mereka menjadi sasaran pengeboman terbabit ketika bersiap sedia berkawal untuk satu perarakan berhampiran terminal Kampung Melayu, kerap digunakan penduduk tempatan.

Pasukan keselamatan menjadi sasaran utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh militan Indonesia yang sebahagian besarnya menjauhkan diri daripada menyasar orang asing.

Jurucakap polis nasional Setyo Wasisto tidak menyebut kumpulan mana mungkin menjadi dalang namun berkata, sel pengganas ‘mungkin mendapat inspirasi menjalankan serangan’ susulan insiden terbaru di Britain dan Filipina. -Reuters/AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here