Polis Israel tutup sebahagian Baitulmaqdis

0
10


PASUKAN keselamatan menutup sebahagian Kota Lama Baitulmaqdis. – Foto AFP

BAITULMAQDIS: Pasukan keselamatan menutup sebahagian Kota Lama Baitulmaqdis semalam, termasuk sebuah tempat ibadat ultra-sensitif selepas satu serangan yang mengakibatkan dua pegawai polis Israel terbunuh.

Ia sekali gus terus meningkatkan ketegangan Israel-Palestin.

Tiga penyerang Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis Israel Jumaat lalu di Kota Lama sebelum melarikan diri ke Haram al-Sharif, sebelum ditembak mati oleh polis.

Pihak berkuasa Israel mendakwa lelaki terbabit datang ke tapak suci, termasuk Masjid Al-Aqsa dan Qubbat as Sakhra untuk melakukan serangan itu.

Pihak berkuasa mengambil keputusan luar biasa apabila menutup masjid Al-Aqsa untuk solat Jumaat, menyebabkan kemarahan orang Islam dan penjaga tapak suci itu, Jordan.

Menteri Hal Ehwal Islam Jordan, Wael Arabiyat memberi amaran bahawa menutup masjid Al-Aqsa adalah ‘berbahaya’ dan ‘belum pernah berlaku’, sehari selepas Amman pada Jumaat lalu menyeru pembukaan semula dengan segera.

Ratusan rakyat Jordan, yang bertindak balas terhadap seruan Ikhwanul Muslimin, memprotes di Amman selepas solat zuhur semalam sambil melaungkan “pembebasan Al-Aqsa.”

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata, tapak itu akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya hari ini sementara keselamatan dinilai dan menolak kritikan Jordan.

Pihak berkuasa Israel berkata kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh melakukan serangan menggunakan pisau, pistol atau kereta.

Sebilangan lagi ditembak mati dalam protes dan pertempuran, manakala sebahagian lagi terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here