Polis Jerman guna meriam air lerai penunjuk perasaan

0
13


ANGGOTA polis menggunakan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan yang membantah Sidang Kemuncak G20. – Foto AFP

HAMBURG: Polis anti rusuhan menggunakan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan yang membantah Sidang Kemuncak G20 di sini, malam tadi.

Laporan media dan polis mengesahkan polis mula bertindak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mendirikan khemah di kawasan taman di daerah barat Altona.

“Ini adalah perhimpunan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa,” kata seorang jurucakap polis.

Sebelum tengah malam, polis mula menggunakan meriam air dan semburan lada untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mula menghalang jalan raya di pelbagai lokasi, khususnya kawasan kejiranan Sankt-Pauli.

Menurut mesej polis di laman Twitter, seorang ditahan tetapi seorang individu yang tidak ikut serta dalam demonstrasi itu cedera.

Ahad lalu, polis terpaksa menggunakan semburan lada untuk menyuraikan 600 aktivis yang berkhemah dekat tebing Sungai Elbe. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here