Polis Kosovo serah mayat Ivanovic kepada keluarga

0
13
Advertisement

POLIS Kosovo menyerahkan mayat ahli politik Serbia yang terbunuh, Oliver Ivanovic kepada keluarganya pada Selasa.

Mayat Ivanovic dibawa ke kediamannya, ketika berpuluh-puluh penyokong meletakkan bunga dan menyalakan lilin di luar kediaman keluarga ahli politik itu sebagai tanda hormat.

Perdana Menteri Kosovo, Ramush Haradinaj mengutuk pembunuhan Ivanovic pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tersebut.

Haradinaj berkata beliau terbuka dan mengalu-alukan campur tangan agensi penguatkuasaan undang-undang asing seperti FBI untuk membantu siasatan.

Namun beliau menolak bekerjasama dengan pihak berkuasa Serbia dalam membantu siasatan.

Dalam masa yang sama beliau terkejut dengan tindakan delegasi Serbia yang meninggalkan sesi dialog yang dianjurkan oleh Kesatuan Eropah EU sebelum ini dengan pemimpin Kosovo setelah Ivanovic terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Serbia Ivica Dacic menyifatkan pembunuhan Ivanovic mampu mengancam kestabilan seluruh rantau itu.

Ivanovic ditembak mati di daerah Mitrovica yang dikawal oleh puak Serbia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here