Polis musnah arak, dadah sebelum Ramadan

0
50



Surabaya: Polis di sini semalam menggunakan jentera penggelek jalan atau ‘steam roller’ untuk memusnahkan ribuan botol arak dan membakar sejumlah besar dadah yang dirampas sebelum umat Islam negara itu menyambut Ramadan Sabtu ini.

Sudah menjadi perkara biasa bagi pihak berkuasa Indonesia untuk berbuat demikian setiap kali kedatangan Ramadan.

Kira-kira 10,000 botol arak yang dirampas sepanjang beberapa bulan lalu dimusnahkan di hadapan orang ramai di perkarangan sebuah balai polis di sini.

Turut dimusnahkan ialah sejumlah besar dadah, termasuk pil ecstasy dan 17 kilogram methamphetamine.

Operasi sama juga dilakukan di beberapa wilayah di Indonesia, termasuk Jakarta. – Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2017 @ 12:55 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here