Polis Perak siasat video anggotanya terima rasuah

0
49



IPOH: Polis Perak telah memulakan siasatan berhubung kewujudan klip video tular yang dikatakan bukti perbuatan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika bertugas.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memandang berat kewujudan video tersebut dan telah mendapatkan maklumat mengenainya.

“Polis Perak tidak akan berkompromi dalam isu-isu integriti melibatkan anggota pasukan.

“Kita akan memastikan tindakan tegas diambil ke atas anggota tersebut jika didapati melanggar peraturan tugas,” kata beliau dalam satu kenyataan media pada petang Selasa.

Beliau mengulas laporan berhubung klip video yang menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menerima rasuah ketika sedang menahan seorang pemuda bagi kesalahan lalu lintas.

Rakaman video itu yang memaparkan perbualan dan perlakuan kedua-dua pihak telah viral di laman sosial dan kini menjadi buah mulut orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here