Polis Sepanyol tahan 14 orang terbabit dadah

0
53


DADAH yang dirampas. – Foto Reuters

MADRID: Polis Sepanyol menahan 14 orang susulan serbuan ke atas 25 rumah, gudang dan gimnasium kerana terbabit dalam rangkaian penghasilan serta pengedaran dadah perangsang.

Kementerian Dalam Negeri hari ini, berkata serbuan dijalankan di Alicante, Valencia, Valladolid dan Malaga hasil operasi sejak Oktober 2016, selepas polis mengesan rangkaian pengedaran dan penghasilan dadah.

Katanya, sebahagian daripada bahan mentah bagi menghasilkan dadah terbabit diperoleh dari China dan India.

“Sebanyak tiga juta dos kira-kira 120 jenis dadah, termasuk steroid anabolik dan hormon, peralatan serta bahan mentah bagi menghasilkan dadah berjaya dirampas, ” kata kementerian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here