Polis tahan dua suspek lelaki curi motosikal

0
230
Advertisement



KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di pusat beli-belah 1Borneo dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kedua-dua suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan secara berasingan di Pekan Menggatal semalam.

“Suspek pertama ditahan kira-kira pukul 4 pagi di hadapan kedai 7-Eleven dan susulan tangkapan itu sepasukan anggota dari balai polis Menggatal telah menahan seorang lagi suspek kira-kira pukul 8 pagi di lokasi berhampiran.

“Hasil tangkapan itu polis berjaya menemukan sebuah motosikal jenis Demak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan apabila disemak didapati motosikal itu telah dilaporkan hilang di 1Borneo Ahad lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here