Polis tahan wanita kaitan serangan Manchester

0
47


MANCHESTER: Polis Britain menahan seorang wanita di sini, bagi membantu siasatan serangan bom nekad pada konsert penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande, pada Isnin lalu.

Berikutan penahan itu, kini polis Britain sudah menahan lima lelaki dan seorang wanita.

“Seorang wanita ditahan yang mempunyai kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan, ” kata jurucakap polis di sini.

Wanita itu ditahan di Blackley, di utara pusat bandar raya Manchester.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here