Polis tembak wanita ketika operasi antikeganasan

0
58


SEORANG wanita ditembak polis di ibu kota England ketika serbuan antikeganasan semalam berikutan operasi pengintipan. – Foto www.news.com.au

LONDON: Seorang wanita ditembak polis di ibu kota England ketika serbuan antikeganasan semalam berikutan operasi pengintipan, kata Polis Metropolitan.

Wanita berusia 20-an itu ditembak di sebuah rumah di barat laut London ketika siasatan menangani keganasan berterusan, kata polis dalam kenyataan.

Beliau menjadi salah satu subjek siasatan keganasan dan masih dalam kawalan polis di hospital.

Serbuan petang semalam itu menyaksikan tiga ditahan atas tuduhan keganasan, termasuk dua di lokasi iaitu remaja lelaki 16 tahun dan wanita berusia 20 tahun selain seorang lagi lelaki 20 tahun di tempat berhampiran.

Polis turut menahan wanita berusia 43 tahun di Kent, tenggara England, berikutan serbuan di London.

“Semua ditahan kerana disyaki melakukan, bersedia dan menghasut tindakan ganas.

“Alamat dan individu yang dikaitkan dengannya dipantau pegawai antikeganasan sebagai sebahagian operasi berterusan,” kata polis. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here