Polis Thailand keluar waran tangkap pewaris Red Bull

0
52


MAHKAMAH Bangkok hari ini meluluskan waran tangkap pewaris syarikat minuman tenaga Red Bull yang dituduh terbabit dalam kejadian langgar lari maut, kata polis Thailandl.- Foto fail AP

BANGKOK: Mahkamah Bangkok hari ini meluluskan waran tangkap pewaris syarikat minuman tenaga Red Bull yang dituduh terbabit dalam kejadian langgar lari maut, kata polis Thailand.

Kes itu mula menunjukkan perkembangan selepas hampir lima tahun tiada sebarang pendakwaan dibuat.

Vorayuth ‘Boss’ Yoovidhya dituduh melarikan diri dari tempat kejadian pada 2012 dengan memandu sebuah Ferrari selepas didakwa merempuh seorang pegawai polis yang sedang meronda dengan motosikal.

Keluarganya yang juga pemilik bersama empayar Red Bull, dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah lebih AS$20 bilion (RM86.8 bilion).

Pendakwa negeri meminta polis bertindak selepas Vorayuth sekali lagi gagal hadir ke mahkamah dan polis sudah memohon waran tangkap, pagi ini.

Jurucakap polis, Krisana Pattanacharoen berkata mahkamah meluluskan waran tangkap itu membabitkan dua pertuduhan, langgar lari dan memandu secara melulu.

Kes itu menarik perhatian awam dan memberi gambaran jelas bagaimana golongan elit dan hartawan Thailand sewenang-wenang boleh mengelak dari dihukum atau melambatkan proses keadilan yang tidak mungkin dinikmati orang biasa.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan di mana Vorayuth berada. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here