Polis Turki tahan pengarah filem Ali Avci

0
43


PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan. – Foto AFP

ISTANBUL: Polis Turki hari ini menahan pengarah terkenal yang menghasilkan filem kontroversi menunjukkan Presiden Recep Tayyip Erdogan diacu dengan senjata dalam rampasan kuasa berdarah, lapor media.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Ali Avci ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan didakwa Ankara cuba melakukan rampasan kuasa sebenar menumbangkan Erdogan tahun lalu.

Filem baru Avci, ‘Uyanis’ belum ditayangkan tetapi treler sudah menimbulkan kontroversi pada ulang tahun pertama cubaan rampasan kuasa 15 Julai tahun lalu, yang didakwa Ankara didalangi pendakwah yang kini menetap di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.

Bagaimanapun, Gulen menafikan dakwaan itu.

Selain itu, polis juga menahan Fetullah Karabiber di rumah Avci, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Treler Uyanis menunjukkan pembunuhan keluarga Erdogan termasuk isterinya, Emine dan anak lelakinya, Bilal, dalam rumah mereka di daerah Kisikli di Istabul manakala Erdogan diacukan dengan senjata.

Avci juga penerbit filem Reis, mengisahkan kehidupan awal politik Erdogan, yang ditayangkan menjelang pungutan suara April lalu untuk menambah kuasa pemimpin itu.

Ia adalah filem pertama mengenai Erdogan dan menerima perhatian media di dalam dan luar negara menjelang tayangannya.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here