'Polisi naturalisasi perlu kajian mendalam'

0
81
Advertisement



 

SHAH ALAM: Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melaksanakan polisi membenarkan pemain naturalisasi mewakili skuad Harimau Malaya.

Beliau yang pernah membimbing Harimau Malaya pada tahun 2009-2013 berkata, apa saja keputusan perlu mengambil kira kesan terhadap pemain tempatan.

“Selalu akan ada perbahasan mengenai (pemain) naturalisasi tapi akhirnya ia perlu betul-betul teliti sama ada ia akan diteruskan pada masa depan, beri kebaikan untuk masa depan dan adakah ia akan melemahkan semangat pemain tempatan

“Mereka kena teliti banyak aspek sebelum buat keputusan,” kata Rajagobal ketika ditanya pemberita selepas menyaksikan pasukannya PKNS FC menewaskan Perak 4-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.

Isu pengambilan pemain naturalisasi kini hangat diperkatakan selepas FAM mengemukakan cadangan untuk membuka pintu buat pemain luar yang diberi taraf kerakyatan negara ini menyarung jersi kebangsaan.

Langkah baru yang diambil badan induk bola sepak negara itu dilihat sebagai pelan jangka masa pendek bagi memulihkan segera kedudukan skuad Harimau Malaya yang kini berada di ranking ke-171 dunia.

Tanpa pemain naturalisasi, Rajagobal masih berjaya membawa skuad kebangsaan menjulang kejuaraan Piala AFF buat kali pertama pada tahun 2010 namun pengendali berusia 62 tahun itu mengakui situasi dulu dan sekarang berbeza.

“Itu masa yang berbeza, kerana pemain yang saya ada pada masa itu mungkin orang tak sedar adalah pemain yang sudah bersama dengan saya sejak umur 17, 18 tahun. 

“Masa itu visi saya untuk bersama dengan pemain ini selepas lima dan enam tahun di mana pemain ini sudah matang dan percaya kepada jurulatih. Pada masa itu tak banyak bincang pasal naturalisasi, cuma sekarang kita bercakap mengenai naturalisasi. Pada masa itu saya percaya kepada pemain dan mereka bermain dengan baik,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here