'Pondan' Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan

0
99
Advertisement

BEBERAPA buah salon kecantikan di Aceh yang mengambil wanita transeksual atau ‘pondan’ sebagai pekerja telah diserbu oleh pihak polis.

Susulan serbuan itu, kesemua 12 individu ‘pondan’ tersebut dipaksa memakai pakaian lelaki dan dipotong rambutnya untuk berkelakuan seperti lelaki.

Aceh merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang menerapkan hukum agama Islam dengan ketat.

Ketua Polis tempatan, Untung Surianata berkata, pihak polis menahan mereka selama tiga hari untuk memberi khidmat kaunseling dan bimbingan. Mereka kini dikatakan sudah berperwatakan seperti lelaki.

Tambahnya, serbuan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada operasi membanteras aktiviti tidak bermoral selepas menerima aduan dari jiran sekeliling yang menganggap mereka sebagai pengaruh negatif kepada anak-anak mereka.

Namun, serbuan itu mendapat tentangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerana pihak polis dikatakan bertindak di luar batasan dan tidak berperkemanusiaan.

Pesuruhjayanya, Beka Ulung Hapsara berkata, semua penduduk negara itu sepatutnya dilindungi dan diberi layanan yang sama rata.

“Selepas menerima gambar serangan yang dilakukan pihak polis dan informasi yang telah dikumpul, ia jelas menunjukkan pihak polis telah menyalah guna kuasa mereka. Polis sepatutnya melindungi mereka dari ancaman,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here