Pope Francis gesa dialog keamanan di Korea, haramkan senjata nuklear

0
107
Advertisement

VATICAN CITY: Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, dalam ucapannya pada Isnin menyeru semua negara menyokong dialog untuk membawa keamanan di Semenanjung Korea dan bekerjasama untuk mengharamkan senjata nuklear, lapor Reuters.

“Adalah penting untuk menyokong segala usaha dialog di Semenanjung Korea, termasuk mencari kaedah baharu menangani pertelingkahan, meningkatkan kesalingpercayaan dan memastikan masa depan yang aman untuk rakyat Korea dan seluruh dunia,” ujar Francis dalam ucapan perdana sempena tahun baharu.

Francis berkata demikian di hadapan wakil dan diplomat dari 180 negara, sehari sebelum Korea Utara dan Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan menegnai penyertaan Korea Utara dalam Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Acara tersebut dilihat para diplomat sebagai peluang terbaik untuk perbincangan tentang topik seperti isu kemanusiaan dan hubungan persaudaraan.

Awal tahun ini, selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata bahawa dia bersedia ‘menekan butang’ senjata nuklear, Trump menerusi Twitternya menyatakan AS mempunyai senjata nuklear yang ‘lebih besar dan berkuasa’.

“Senjata nuklear mesti diharamkan,” tegas Francis.

Selain itu, dalam ucapannya, Francis mengulangi seruan agar penyelesaian dua hala dapat dicapai antara Israel dan Palestin dan perlu hormati status quo Baitulmaqdis berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengisytiharnya sebagai ibu negara Israel.

Francis antara lain turut menyentuh soal penghijrahan manusia dan pelarian, dan perubahan iklim serta usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Dalam sesi pertemuan selepas ucapannya, Francis dilihat menghabiskan basa yang lebih dengan wakil Korea Selatan, Jonghyu Jeong, berbanding diplomat lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here