Pornografi kanak-kanak: Dua ibu mangsa antara yang ditahan

0
24
Advertisement

BANDUNG: Polis Indonesia mengesahkan telah menahan pengarah serta pelakon video pornografi melibatkan kanak-kanak lelaki bawah umur di Bandung pada Isnin.

Turut ditahan dua ibu kanak-kanak terbabit yang didakwa bersekongkol dengan suspek dalam dua video lucah melibatkan anak kandung mereka.

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

Media tempatan dalam laporan menyebut bahawa analisis polis terhadap dua video berkenaan mendapati ibu salah seorang anak kecil berkenaan berada di bilik sama ketika penggambaran dijalankan.

Malah, berdasarkan suara yang didengari pada video itu, polis percaya ibu tersebut turut memujuk anaknya selain memberi arahan agar anaknya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon wanita dewasa terlibat.

“Mangsa menangis kerana tidak mahu dirakam. Suspek kemudian meminta pelakon wanita menelefon ibu kanak-kanak itu untuk datang ke hotel.

“Dalam bilik hotel itu, si ibu mengarahkan (anaknya untuk melakonkan aksi lucah),” kata polis.

Sementara itu, seorang lagi ibu kanak-kanak terlibat didapati berada di lobi hotel melalui pemantauan CCTV hotel berkenaan.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here