Potong elaun PM, menteri kabinet – Muslimat PAS

0
191



Sayap wanita PAS menggesa kerajaan menunjukkan teladan dalam menguruskan perbelanjaan negara dengan mengurangkan elaun perdana menteri, timbalannya dan menteri-menteri Kabinet.

Tanpa mengulas lanjut mengenai gesaan itu, Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, kerajaan pusat perlu menteladani contoh baik yang ditunjukkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Beliau turut mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberi rakyat ‘harapan palsu’ dengan, pada 9 Disember tahun lalu, berkata nilai ringgit akan pulih  bagi meredakan kebimbangan rakyat.

Pada masa itu, nilai ringgit berlegar-legar sekitar RM4.40 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) dan belum pulih, jelas Nuridah.

“Jelas bahawa keyakinan yang beliau cuba beri hanya untuk menyejukkan hati rakyat,” katanya ketika berucap pada himpunan muslimat PAS dalam muktamar ke-57 parti itu di Alor Setar hari ini.

Tambah Nuridah, seolah-olah tiada jaminan nilai ringgit akan pulih walaupun harga minyak kembali stabil menjelang 2018.

“Ini adalah harapan kerajaan BN untuk mendapatkan formula kejayaan bagi memenangi PRU-14. Sebenarnya, mereka sendiri tidak pasti,” ujarnya.

Nuridah turut membidas BR1M yang disifatkan sebagai usaha jangka pendek yang sekadar populis dan kosmestik serta tidak holistik untuk membantu golongan miskin.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here