PPM tahan tiga lelaki tangkap, bunuh penyu

0
65



Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki termasuk pemilik sangkar ikan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di perairan Pulau Denawan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, suspek dipercayai pemilik sangkar iaitu warga tempatan berusia 32 tahun bersama dua pekerja warga Filipina masing-masing berusia 16 dan 20 tahun ditahan oleh sepasukan anggota PPM.

Komander PPM Wilayah Empat Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, ketika kejadian, tiga suspek dipercayai sedang melakukan aktiviti pemunggahan dalam keadaan mencurigakan dari sebuah perahu ke sangkar ikan berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui ketulan daging dan organ disyaki penyu yang dijemur di atas sangkar ikan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 3:34 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here