Pra-Bajet 2018: Tambah baik sistem SL1M

0
720
Advertisement

PENAMBAHBAIKAN perlu dilakukan kerajaan dalam isu penempatan dan penilaian Sistem Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Sempena pengumuman Bajet 2018 Jumaat ini, Profesor Hubungan Industri dan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman berkata perkara itu penting dalam Malaysia berdepan cabaran ekonomi masa kini terutama dalam sektor produktiviti serta pengeluaran.

Katanya, penempatan graduan dalam sistem SL1M dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran seterusnya memberi peluang pekerjaan terutama mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah selain luar bandar.

Cabaran persaingan antara graduan dalam pasaran kerja sekali gus membuktikan kualiti dan kemampuan mereka.

Ingin ketahui sama ada harapan anda untuk Bajet 2018 ini akan dipenuhi, ikuti pembentangan Bajet 2018 di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com pada 27 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here