Presiden baharu Ecuador gelar Assange penggodam

0
36


PRESIDEN Ecuador, Lenin Moreno. – Foto AFP

QUITO: Presiden baharu Ecuador, Lenin Moreno, menggelar Julian Assange sebagai ‘penggodam’ namun menegaskan negaranya akan terus memberi perlindungan suaka kepada pengasas WikiLeaks itu daripada ditahan.

Moreno, yang mengambil alih jawatan bulan ini, mengeluarkan nada lebih kritikal terhadap Assange berbanding penyandangnya, Rafael Correa, yang terdahulu berkata, negaranya ‘sudah melakukan tugas mereka’ dengan memberi permohonan suaka kepada Assange pada 2012.

“Assange seorang penggodam. Ia adalah sesuatu yang kami tolak dan saya secara peribadi menolaknya.

“Namun saya menghormati situasi di mana beliau terpaksa bersembunyi dalam kedutaan Ecuador di London,” kata Moreno yang memberi amaran kepada Assange ketika kempen presiden supaya tidak ‘campur tangan’ dalam politik Ecuador.

Awal bulan ini, pendakwa raya Sweden menggugurkan dakwaan rogol dihadapi Assange selama tujuh tahun serta menarik balik waran tangkap Eropah yang menyebabkannya memohon suaka dalam kedutaan.

Bagaimanapun, polis Britain berkata, mereka masih berhasrat menahan Assange jika beliau meninggalkan kedutaan itu di London selepas melanggar syarat percubaannya di Britain pada 2012 di mana beliau berlindung dalam misi diplomatik.

“Kelihatan kerajaan British tidak memberi laluan selamat, bermaksud Assange boleh terus tinggal dalam kedutaan Ecuador serta kami menghormati situasi itu,” kata Moreno. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here