Presiden Mnangagwa ikrar kembalikan kemakmuran Zimbabwe

0
16

HARARE: Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berikrar untuk mengurangkan kadar pengangguran dan kembalikan kemakmuran selepas episod kemelesetan selama beberapa tahun.

Janji dibuat ketika beliau mengangkat sumpah jawatan rasmi di hadapan 60,000 warga Zimbabwe.

BACA: Siapa Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa?

Zimbabwe kini berdepan kadar pengangguran pada anggaran 80 peratus.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dan minat daripada pelabur antarabangsa yang kami hargai. Apa yang penting ialah ekonomi. Hanya dengan cara itu kita boleh pulihkan ekonomi, wujudkan pekerjaan untuk golongan belia, dan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan rakyat,” kata  Mnangagwa.

Selain isu ekonomi, presiden baru Zimbabwe ini juga berjanji untuk memulihkan semula hubungan dengan negara luar selain mengatasi isu rasuah dan mahu politik negara itu berdasarkan sistem demokrasi yang telus.

Ini termasuk mengadakan pilihan raya umum tahun depan.

Mnangagwa dipecat daripada jawatan naib presiden awal bulan ini.

Ia kemudian mencetuskan campur tangan tentera dan menyaksikan pengunduran Robert Mugabe yang memerintah negara itu selama 37 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here