Prestasi memberangsang, Petronas tambah perbelanjaan modal 2018

0
60
Advertisement

KUALA LUMPUR: Prestasi memberangsangkan Petroliam Nasional Berhad tahun lalu membolehkan syarikat itu untuk terus berbelanja bagi mengembangkan perniagaannya tahun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, tahun lalu syarikat tersebut membelanjakan RM44.5 bilion untuk perbelanjaan modal.

“Tahun ini, kami merancang untuk meningkatkan angka itu kepada sekitar RM55 bilion,” kata Wan Zulkiflee sewaktu mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu untuk suku keempat 2017, di sini hari ini.

Setakat 2017, Petronas tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengurangkan saiz tenaga kerjanya tahun ini.

Petronas telah menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 pekerja sebagai sebahagian daripada ‘Projek Kaktus’, inisiatif rasionalisasi kos berikut kejatuhan harga minyak pada 2014.

“Tiada apa yang istimewa tahun ini. Kami ada proses untuk mengendalikan kakitangan yang berprestasi kurang memuaskan seperti biasa,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here