Priyanka Chopra dinobat Wanita Paling Seksi Asia 2017

0
14

KUALA LUMPUR: Pelakon Hollywood dan Bollywood, Priyanka Chopra menduduki tempat pertama dalam carta 50 Sexiest Asian Women 2017 (50 Wanita Paling Seksi di Asia 2017).

Ini adalah kali kelima ‘Desi Girl’ itu dinobat gelaran ‘Wanita Paling Seksi di Asia’ dalam carta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Eastern Eye.

Priyanka juga mengalahkan bintang Bollywood Deepika Padukone dalam tinjauan berundi itu.

Deepika meduduki tempat ketiga manakala Nia Sharma dan Alia Bhatt menduduki tempat kedua dan keempat masing-masing.

Priyanka menerusi akaun Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, pengikut setianya dan Eastern Eye.

Sebelum ini, Priyanka tersenarai dalam Forbes’s List of 100 Most Powerful Women (Senarai 100 Wanita Paling Berkuasa) pada tempat ke-15 dalam senarai Hiburan dan Media.

Priyanka juga pernah memenangi People’s Choice Awards dua kali bagi lakonannya dalam siri televisyen popular Amerika, Quantico.

Pada ketika ini, Priyanka berada di New York untuk merakam musim ketiga Quantico yang dijangka ditayangkan pada 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here