Prosiding fitnah terhadap Sarawak Report demi maruah Pas – Abdul Hadi

0
78



ALOR SETAR: Pas akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan maruah parti Islam itu dengan kenyataan fitnah dan tidak betul, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas tindakan parti tersebut yang memulakan prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap Sarawak Report yang berpangkalan di London itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan secara menyeluruh bagi membuktikan kebenaran.

“Kita bertindak sebagai menjaga maruah kita, apatah lagi itu kenyataan-kenyataan bohong dan tak betul. Kita mesti buktikan kebenaran. Tetapi bila menyentuh perasaan, contohnya akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan gambar kartun baru-baru ini, keterlanjuran seperti itu, boleh kita maafkan.

“Tetapi laporan Sarawak Report berkait dengan maruah. Ini kita bertindak…ia berbeza, kita kena faham,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63, di sini hari ini.

Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel fitnah dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Abdul Hadi telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpangkalan di London, Carter-Ruck, untuk menghantar surat aduan kepada Rewcastle Brown pada akhir 2016 agar artikel fitnah itu dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf, namun tiada respons sehingga kini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here