Proton bakal naik taraf 109 cawangan pengedar kepada status 3S dan 4S

0
468
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah menaik taraf 79 daripada cawangan pengedarnya kepada status 3S dan 4S antara Januari dan Mei 2018.

Kira-kira 72 peratus daripada sasarannya untuk menaik taraf 109 cawangan di seluruh negara menjelang Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong dalam satu kenyataan berkata dengan penaikan taraf itu syarikat tersebut yakin dapat menyediakan pengalaman jualan dan servis yang terbaik kepada pelanggannya.

“Kami mendapat rangsangan daripada hakikat yang kami mendapat sokongan pelabur baharu yang sanggup menyahut cabaran menjadi pengedar Proton. Ini membuktikan kami masih mempunyai penguasaan jenama dalam pasaran,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya Abdul Rashid Musa berkata kepuasan pelanggan merupakan bahagian yang penting dalam memastikan kemampanan perniagaan.

“Atas alasan ini, saya menggalakkan para pengedar untuk menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S agar kita boleh berkembang bersama-sama dalam perniagaan dan meraih manfaat daripadanya beransur-ansur,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here