PRU14: Malaysia Airlines tingkat kapasiti pesawat untuk rakyat pulang mengundi

0
399
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menambah 40 penerbangan tambahan dan menaik taraf 10 penerbangan ke perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasi domestik antara 5 hingga 10 Mei 2018.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata ia berikutan peningkatan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ketika hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Beberapa laluan terpilih yang menggunapakai perkhidmatan B737-800 akan dinaik taraf menggunakan pesawat A333-300.

Dalam pada itu, Malaysia Aviation Group (MAG) turut menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings semasa PRU14 pada 9 Mei ini.

Pengecualian itu merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanannya jatuh antara 8 hingga 10 Mei 2018.

“Hanya satu perubahan yang dibenarkan dan ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.

“Penumpang dibenarkan untuk menangguh perjalanan masing-masing sehingga tempoh dua bulan daripada tarikh penerbangan asal,” kata MAG dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, MAG berkata, semua tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut peraturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.

Semua subclass tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut aturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.

Pelanggan boleh melakukan perubahan tempahan di pejabat tiket penerbangan masing-masing atau menghubungi pusat perkhidmatan Malaysia Airlines dan MASwings di talian 1300883000 atau pusat perkhidmatan FireFly di talian +60378454543.

Naik taraf perkhidmatan B737-800 kepada pesawat A333-300

   1. 05MEI18
    
       MH2614 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 12.55pm/3.30pm – Seperti jadual asal
       MH2607 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 4.30pm/7.00pm – Diubah masa daripada jadual asal

   2. 08MEI and 09MEI18
     
        MH1162 Kuala Lumpur/Penang 7.30pm/8.25pm – Seperti jadual asal
        MH1165 Penang/Kuala Lumpur 9.25pm/10.25pm – Diubah masa daripada jadual asal
  
   3. 08MEI18

        MH2640 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 3.45pm/6.20pm – Seperti jadual asal
        MH2631 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 7.20pm/9.50pm – Diubah masa daripada jadual asal
        
        MH2528 Kuala Lumpur/Kuching 5.00pm/6.45pm – Seperti jadual asal
        MH2597 Kuching/Kuala Lumpur 8.00pm/9.40pm – Seperti jadual asal

   4. 10MEI18
     
        MH1152 Kuala Lumpur/Penang 4.35pm/5.35pm – Seperti jadual asal
        MH1155 Penang/Kuala Lumpur 6.35pm/7.35pm – Diubah masa daripada jadual asal

Penerbangan domestik tambahan menggunakan pesawat B737-800
  
   1.  8 MEI 2018
     
         MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 10.00am/10.55am
         MH7321 Kota Bharu /Kuala Lumpur 11.35am/12.35pm

         MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 12.45pm/1.40pm
         MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 2.20pm/3.20pm

         MH7334 Kuala Lumpur/ Kuala Terengganu 3.00pm/3.55pm
         MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 4.35pm/5.30pm

         MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 5.20pm/7.15pm
         MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 7.55pm/9.50pm

         MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.00pm/7.00pm
         MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 7.40pm/8.40pm

         MH7416 Kuala Lumpur/Labuan 6.00pm/8.25pm
         MH7417 Labuan/Kuala Lumpur 9.05pm/11.25pm

         MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 6.25pm/9.10pm
         MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 9.50pm/12.30am+1

         MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 7.05pm/8.00pm
         MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 8.40pm/9.35pm

        MH1286 Kuala Lumpur/Kuantan 9.30pm/10.20pm on 08MAY18
        MH1263 Kuantan/Kuala Lumpur 6.30am/7.15am on 09MAY18

   2. 9 MEI 2018
        
         MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 8.10pm/9.05pm
         MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 9.40pm/10.35pm

         MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 5.40pm/6.35pm
         MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 7.15pm/8.15pm

         MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.25pm/7.25pm
         MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm

         MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 6.25pm/7.20pm
         MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 7.55pm/8.50pm

         MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 7.05pm/9.00pm
         MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 9.40pm/11.30pm

         MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm
         MH7427 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm

   3. 10 MEI 2018
     
         MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 8.00am/9.00am
         MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 9.45am/10.45am

         MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 2.20pm/3.15pm
         MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 3.55pm/4.50pm

         MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 6.25pm/7.20pm
         MH7321 Kota Bharu/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm

         MH7486 Kuala Lumpur/Miri 6.30pm/8.45pm
         MH7487 Miri/Kuala Lumpur 9.25pm/11.35pm

         MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm
         MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here