PTPTN Ijazah Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Baki Pinjaman

1
94

PTPTN Ijazah Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Baki Pinjaman. Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga Disember 2011 dikecualikan daripada membayar balik baki pinjaman tersebut.

PTPTN dikecualikan dari Ijazah Kelas Pertama

Ini bermakna pinjaman tersebut ditukar status menjadi biasiswa dan seramai 11,764 peminjam yang layak dikecualikan daripada pembayaran balik pinjam PTPTN dengan jumlah bayaran melebihi RM339 juta.

Daripada jumlah itu, 8,818 pelajar adalah berketurunan Cina, 2,347 berketurunan melayu, 456 berketurunan India, 50 berketurunan Bumiputera Sabah, 34 berketurunan Bumiputera Sarawak dan 59 berketurunan lain-lain.

Daripada keseluruhan 887,376 peminjam, seramai 742,924 peminjam yang sedang membayar balik pinjaman dengan nilai hampir RM3 billion. Jumlah peminjam itu merupakan 83 peratus daripada keseluruhan peminjam. Berdasarkan rekod bayaran balik peminjam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mendakwa PTPTN tidak menjadi satu bebanan kepada peminjam dan ia cuma mainan politik. Namun beliau tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penambahbaikan perlu dilakukan terutama berkaitan dengan cas pentadbiran.

Pengecualian yang mengikut sistem merit ini nampaknya cukup adil bagi pelajar yang bersungguh-sunguh semasa mereka sedang belajar. Baki 17 peratus peminjam yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin menghadapi masalah pekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul terlalu banyak sehingga mereka merasakan tidak mampu untuk membayar lagi.

Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan pengecualian pembayaran ini setakat ini. Peminjam Ijazah Kelas Pertama boleh menghubungi terus pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here