PTPTN umum dividen 4 peratus SSPN1M bagi tahun 2017

0
146
Advertisement

KUALA LUMPUR: PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) 2017 sebanyak 4 peratus bagi dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM92.56 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih 3.2 juta pendeposit SSPN1M.

“Kadar 4 peratus dividen SSPN1M 2017 ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang dibuat bagi deposit yang diterima oleh PTPTN.

“PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN1M yang diberikan seperti tahun sebelumnya walaupun 2017 merupakan tahun yang mencabar,” katanya.

“Sehingga 2016, PTPTN mengeluarkan sebanyak RM288.6 juta bagi tujuan pengagihan dividen kepada pendeposit,” katanya pada Majlis Pengumuman Dividen 2017 Skim SSPN1M di Menara PTPTN, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here