Pukul hingga koma: Tahanan reman tiga suspek dilanjut

0
258
Advertisement



GEORGE TOWN: Perintah tahanan reman ke atas tiga daripada lima suspek yang ditahan susulan kes pukul sehingga koma dan liwat seorang remaja lelaki dilanjutkan tiga hari lagi, sehingga Jumaat.

Bagaimanapun, perintah reman keatas dua lagi suspek kes berkenaan dilanjutkan sehari lagi.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi, Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Ahmad Tajudin Zain selepas tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.

Dalam kejadian pada Sabtu, seorang remaja lelaki koma dipercayai akibat dipukul  sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tun Sardon,  Gelugor, kira-kira jam 1.30 pagi.

Selain dipukul, mangsa yang dikenali sebagai T.Nhaveen, 18, dipercayai turut diliwat serta  terdapat kesan melecur di bahagian belakang badan.

Ketika kejadian, mangsa  bersama rakannya dikatakan keluar untuk membeli burger berdekatan kawasan rumah, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang memukul mereka menggunakan topi keledar.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca daripada tindakan saling mengejek antara mangsa dengan seorang daripada suspek, sebelum lelaki itu menghubungi rakannya yang lain untuk menyerang  mangsa.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang  cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih belum sedarkan diri  manakala rakannya,  T.Previin, 19, turut menerima rawatan di HPP kerana kecederaan di bahagian muka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here