Pulang awal berperingkat

0
33



Kuala Lumpur: Keadaan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya utama tidak menunjukkan kesesakan luar biasa petang semalam, berikutan rata-rata penghuni kota pulang lebih awal.

Tinjauan wartawan Harian Metro yang melakukan pemantauan udara bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di sekitar kawasan pantai timur termasuk di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong mendapati kenderaan memasuki ibu negara bermula jam 12 tengah hari.

Pergerakan kenderaan dari arah selatan dan timur tanah air menunjukkan peningkatan, namun semuanya bergerak dalam keadaan terkawal.

Jurucakap Pusat Gerakan Trafik JSPT berkata, aliran trafik bergerak lancar walaupun warga kota kembali ke rumah masing-masing selepas cuti sekolah dan Aidilfitri berakhir.

“Trafik bergerak lancar di keseluruhan lebuh raya utama berikutan orang ramai pulang secara berperingkat ke ibu kota.

“Setakat ini tiada kemalangan berlaku yang boleh menyebabkan pergerakan trafik perlahan,” katanya.

Menurutnya, rata-rata warga kota mengambil peluang pulang lebih awal dari kampung halaman.

“Disebabkan itu, keadaan trafik pada hari ini (semalam) terkawal walaupun ada sedikit kepadatan di beberapa lokasi tertentu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here