PUNB nafi tuduhan disebarkan dalam e-mel layang

0
267
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Datuk Azhar Ahmad hari ini menafikan e-mel fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh beliau tidak menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membantu orang Melayu menjalankan perniagaan.

Menurutnya, e-mel itu turut memfitnah beliau melambatkan permohonan pembiayaan usahawan sehingga menyebabkan gulung tikar kerana ketiadaan bantuan pembiayaan.

Dalam satu kenyataan menafikan fitnah berkenaan, Azhar berkata tiada apa yang dilemparkan dalam e-mel tersebut adalah benar atau berasas.

“Ini (fitnah) adalah tindakan untuk menjatuhkan kredibiliti saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan menjatuhkan imej syarikat secara amnya,” katanya, sambil menambah satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.

Pada 17 April, satu e-mel layang menggunakan nama samaran dihantar kepada barisan kepimpinan negara, pegawai kerajaan, Bank Negara Malaysia, pengarah-pengarah PUNB dan beberapa kakitangan PUNB, yang mengandungi beberapa tuduhan terhadap Azhar.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here