Putera Charles dan Camilla lawat Malaysia 3 Nov

0
510
Advertisement

KUALA LUMPUR: Putera Mahkota Britain, Putera Wales, Putera Charles dan The Duchess of Cornwall, Camilla akan berangkat melawat Malaysia pada 3 November ini, selepas lawatan ke Singapura.

Lawatan ke Malaysia itu adalah yang pertama untuk pasangan diraja itu selain bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik UK dan Malaysia.

Kedua pasangan diraja itu akan memulakan lawatan di Kuala Lumpur dan diraikan di Makan Malam Gala yang akan dihadiri dif kehormat dan wakil dari dunia perniagaan, seni, budaya serta media.

Lawatan itu akan turut meraikan Sidang Kemuncak Komanwel yang akan berlangsung di UK pada 2018 dan Malaysia pada 2020.

Pasangan diraja itu akan turut berangkat melawat Sarawak, Perak dan Pulau Pinang bagi melihat pelbagai usaha berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian bio serta usaha memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Putera Charles dan Camilla akan berangkat ke India pada 8 November.

Pada September 2012, pasangan The Duke dan Duchess of Cambridge melawat Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here