Putera Harry dan Meghan Markle disatukan 19 Mei 2018

0
97
Advertisement

LONDON: Istana Kensington mengumumkan perkahwinan antara pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry dan pasangannya Meghan Markle bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.

Majlis berkenaan akan diadakan di gereja St George, Windsor Castle.

Tarikh perkahwinan Putera Harry dan Markle bagaimanapun tidak diadakan mengikut kebiasaannya, pada hari bekerja, seperti mana Ratu yang berkahwin pada hari Khamis sementara Duke of Cambridge pada Jumaat.

Perkahwinan pasangan ini sebaliknya akan diadakan pada hari sama berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA, yang lazimnya dihadiri Putera William selaku presiden.

Perkahwinan ini akan dibiaya sepenuhnya keluarga diraja.

Ia juga berlangsung sebulan selepas Duke dan Duchess of Cambridge dijangka menimang anak ketiga mereka.

Putera Harry dan Markle diperkenalkan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016 oleh kenalan mereka.

Hubungan itu kemudian berkembang menjadi lebih serius, dan pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here