Putera Harry, Meghan Markle bertunang?

0
15

PUTERA Harry dan Meghan Markle dilaporkan sudah bertunang.

Perkara itu disahkan sumber kerabat Diraja Britain yang dipetik Sunday Express.

“Satu mesyuarat diadakan pada Jumaat lalu bagi mengesahkan mengenai pertunangan pasangan berkenaan serta mengumumkannya kepada kakitangan Istana Buckingham dan Kensington,” kata sumber itu lagi.

Menurutnya, kini terpulang kepada pasangan itu untuk memutuskan bila akan mengumumkan secara rasmi pertunangan mereka.

“Apa yang penting adalah Ratu Elizabeth telah memberikan restu Baginda kepada pertunangan berkenaan,” katanya sumber itu.

Sumber itu turut menjelaskan, pengumuman rasmi mengenai pertunangan Putera Harry bakal dibuat dalam dibuat pada bila-bil masa, seawal minggu depan atau awal tahun depan.

Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulas berbulan lamanya mengenai status hubungan mereka.

Putera Harry dan Meghan telah menjalinkan hubungan sejak 16 bulan lalu.

Pasangan berkenaan, dilaporkan sebelum ini telah berbincang beberapa kali mengenai perkahwinan mereka.

Putera Harry juga telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland, tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here