Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam

0
52

PELAKON Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki.

Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Syamsul Yusof di laman Instagram (IG) beberapa jam yang lalu.

Menerusi entri tersebut Syamsul telah memuat naik foto wajah bayi sulungnya itu yang diberikan nama Syaikhul Islam.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan,bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam  Mohd Shamsul.
Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku @puterisarahliyana
#MahaSuciAllah #Alhamdulillah #DeeplyGreatful #SyamsulYusof #TangisanKesyukuran,”

Syamsul dan Puteri Sarah kemudian telah dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut IG serta peminatnya.

Pasangan ini telah bernikah dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 8 Mac 2014.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puteri Sarah dan Syamsul.

Moga kelahiran putera tersebut dapat menyinari lagi rumahtangga mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here