Putin nafi campur tangan Russia

0
15


PRESIDEN Russia, Vladimir Putin. – Foto AFP

HAMBURG: Dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) menjadi antara topik utama perbincangan pemimpin kedua-dua negara itu.

Namun, Presiden Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin bersetuju untuk memberi lebih tumpuan kepada usaha memulihkan hubungan berbanding berbalah mengenai masa lalu.

Ini adalah pertemuan buat kali pertama kedua-dua pemimpin terbabit dan ia memakan masa lebih lama daripada yang dijadualkan.

Trump menyifatkan pertemuan dengan Putin sebagai satu penghormatan, mengundang kritikan daripada Demokrat di AS, yang menuduh beliau mengetepikan perisikan negara itu mengenai campur tangan Russia, malah menerima penafian Putin.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, memberitahu wartawan pada sidang kemuncak G20 di Hamburg, Trump ‘serasi’ dengan Putin dan pertemuan itu berlangsung selama dua jam 15 minit.

Trump memulakan perbincangan mereka dengan menekankan mengenai kebimbangan rakyat AS berhubung campur tangan Russia pada pilihan raya 2016.

Putin menafikan sebarang campur tangan dalam pilihan raya AS tahun lalu dan meminta bukti jika ia berlaku.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Trump menerima penegasan Putih bahawa dakwaan itu, yang disokong agensi perisikan AS adalah palsu.

Tillerson berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk melupakan perkara itu. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here