Putin yakin hubungan era baharu di bawah Trump

0
59


HAMBURG: Presiden Vladimir Putin menjangkakan kerjasama Russia-Amerika Syarikat (AS) akan bertambah baik di bawah pemerintahan Presiden Donald Trump, malah menganggap presiden itu ‘sangat berbeza’ dalam kehidupan sebenar berbanding ketika muncul di televisyen.

Kenyataan berkenaan dibuat sehari selepas pemimpin dua negara itu mengadakan pertemuan yang ditunggu-tunggu selepas Russia dituduh campur tangan dalam kemenangan mengejut Trump dalam pilihan raya tahun lalu.

“Trump yang anda lihat di televisyen sangat berbeza dengan Trump sebenar,” kata Putin kepada wartawan di sini, ketika rundingan yang diadakan di luar sidang kemuncak G20.

Katanya, Trump benar-benar memahami bersama siapa dia bercakap dan menjawab soalan dengan cepat mengesahkan hubungan peribadi sudah bermula antara keduanya.

Putin berkata, beliau positif dalam usaha memulihkan hubungan Russia-AS, yang terjejas sejak Perang Dingin di bawah pentadbiran bekas Presiden Bacrack Obama.

“Terdapat banyak sebab untuk mempercayai bahawa kami akan dapat sekurang-kurangnya mewujudkan sebahagian lagi tahap kerjasama yang kami perlukan.

“Saya sangat berharap (untuk memperbaiki hubungan) dan saya berpendapat bahawa beberapa asas untuk tujuan ini telah diwujudkan,” kata Putin. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here