Pyongyang ucap takziah kepada Britain

0
52


PAK Pong-Ju. -Foto AFP

SEOUL: Korea Utara menyertai banyak negara lain mengucapkan takziah kepada Britain berhubung serangan ganas di Manchester, lapor media hari ini.

Perdana Menteri rejim itu, Pak Pong-Ju, menghantar mesej menyatakan simpati kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May, lapor Agensi Berita Pusat Korea.

“Menyedari rakyat Korea berkongsi kesedihan dengan rakyat Britain, mesej ini berharap kerajaan dan rakyat negara itu akan memadamkan kesan serangan ganas itu seawal mungkin,” ia memetik mesej sebagai berkata.

Menteri Luar, Ri Yong-Ho, menghantar mesej sama kepada rakan sejawatannya, Boris Johnson.

Pengeboman nekad kelmarin di konsert mengorbankan 22 orang termasuk seorang budak perempuan berusia lapan tahun. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here