Qari meninggal dunia ketika baca ayat kedua surah Al-Mulk

0
86



SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik.

Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul khatimah.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial, Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara di Surabaya, pada Isnin.

Namun alunan bacaan Ja’far semakin lama semakin perlahan, dan dia kemudiannya pengsan.

Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja’far meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

Ja’far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia dan kerap diundang untuk membaca al-Quran.

Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian, dengan terjemahan penuhnya seperti berikut:

(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Video penuh insiden berkenaan sudah tular di kebanyakan pengguna media sosial Indonesia, selain dilaporkan oleh portal berita di negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here