Qatar Airways lancar laluan baharu

0
10


DOHA: Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan akan memulakan penerbangan ke Sohar di Oman dan Prague di Hungary bermula bulan depan.

Ia menawarkan laluan baharu sejak krisis politik serantau yang memaksanya menghentikan penerbangan ke 18 negara Asia Barat, bulan lalu.

QATAR Airways akan memulakan penerbangan ke Sohar di Oman dan Prague di Hungary bermula bulan depan. – Foto fail AFP

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan laluan darat, laut dan udara dengan Qatar pada Jun lalu dalam krisis diplomatik terburuk di rantau berkenaan.

Qatar Airways sebelum ini berkata, ia akan turut mempercepatkan rancangan memperluaskan perkhidmatan di tempat lain, ketika mengumumkan penerbangan tiga kali seminggu ke Sohar, utara Oman mulai 8 Ogos dan setiap minggu ke ibu negara Republik Czech mulai 21 Ogos.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways Akbar al-Baker berkata, pelancaran laluan ke Sohar dan Prague dipercepatkan.

Beliau sebelum ini berkata, Qatar Airways akan beroperasi seperti biasa walaupun terjejas akibat krisis diplomatik rantau itu sambil mengesahkan kewangan syarikat turut menerima kesan.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here