Raf nikah Mawar hujung tahun

0
14



PELAKON drama Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid, 22, selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau Raf Yaakob dalam majlis tertutup berlangsung jam 4 petang di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, hari ini.

Raf, 32, yang juga ahli perniagaan, pelakon dan pengacara program TV serta berstatus duda dua anak adalah adik kepada Cef Selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Ketika ditemui, Mawar atau pemilik nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia dan Raf diperkenalkan oleh pelakon Emma Maembong pada Januari lalu.

“Secara jujurnya, saya tidak pernah percaya pada istilah jatuh cinta pandang pertama dan ternyata ia salah kerana kali pertama bertemu Raf, dia berjaya menambat hati ini.

“Raf seorang yang penyayang, bertanggung-jawab, berkarisma tinggi dan merendah diri dan boleh membimbing dunia dan akhirat,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu, Mawar tampil jelita dengan busana dari pereka terkenal Cosry.

Majlis menyarung cincin pertunangan itu hanya dihadiri sekitar 100 tetamu membabitkan keluarga terdekat kedua belah pihak.

Majlis pernikahan dan persandingan mereka dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

Terdahulu, Raf sudah menghantar rombongan merisik Mawar bersama keluarganya pada 7 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here