Rahsiakan kelahiran bayi perempuan, Kylie Jenner mohon maaf kepada peminat

0
163
Advertisement

“SAYA minta maaf kerana membiarkan anda berteka-teki selama ini. Kandungan saya adalah pilihan saya untuk tidak mendedahkannya kepada dunia.”

Itu kenyataan yang dikeluarkan bintang realiti TV, Kylie Jenner yang sebelum ini dilapor merahsiakan kehamilan serta kelahiran bayinya.

Desas-desus yang bertiup kencang sebelum ini mendakwa selebriti berusia 20 tahun itu sedang mengandung namun Kylie bertindak mendiamkan diri berhubung dakwaan itu.

Menerusi laman Instagramnya pada Ahad, Kylie mengesahkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari lalu.

♥️

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap Travis Scott itu walau bagaimanapun belum diberikan nama.

Khabar mengenai Jenner hamil tersebar pada September, namun tiada pengumuman rasmi dibuat.

Kylie Jenner merupakan adik  bongsu daripada adik-beradik Kardashian-Jenner yang terkenal menerusi siri “Keeping up with the Kardashians” bersama kakaknya Kendall, Kourtney, Kim, dan Khloé.

Selain itu, Kylie merupakan personaliti terkenal di media sosial dan memiliki jenama kosmetiknya sendiri.


 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here