Raikkonen, Leclerc buat Ferrari bingung

0
95
Advertisement



KETUA pasukan Sauber, Fred Vasseur mendedahkan beliau tidak menolak kemungkinan akan melakukan pertukaran dengan Ferrari yang akan menyaksikan Kimi Raikkonen kembali ke Sauber dan Charles Leclerc sebaliknya.

Ketika spekulasi menyelubungi pemandu pada 2019 berikutan pengesahan Mercedes bahawa Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dikekalkan, tempat Raikkonen di Ferrari kini menjadi tumpuan.

Bintang Monaco, Leclerc menampilkan persembahan menakjubkan untuk meletakkannya selaku calon utama berpasangan dengan pendahulu kejuaraan Sebastian Vettel tahun depan, jika Ferrari mengambil keputusan mengubah pemandu mereka.

Vasseur mengakui beliau menyedari kemungkinan Raikkonen boleh kembali ke pasukan tempat dia memulakan karier dan kekal bersama ‘keluarga’ Ferrari.

Katanya, ia tidak menjadi masalah buat pasukannya.

“Saya mahu pemandu terbaik bersama jentera, ini adalah perkara paling penting dalam pasukan dan tiada pengorbanan dalam persembahan,” katanya.

“Ia lebih mudah untuk memiliki juara dunia berbanding seseorang tanpa apa-apa.

“Saya hanya fokus terhadap persembahan. Perkara paling penting buat saya adalah memiliki barisan terbaik untuk tahun depan dan masa depan. Hanya itu yang saya pentingkan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here