Raja Sepanyol lawat Britain

0
37


LONDON: Raja Sepanyol, Felipe VI dan Ratu Letizia memulakan lawatan rasmi ke Britain hari ini untuk mengukuhkan hubungan kedua negara walaupun wujud ketegangan susulan rancangan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dan isu kedaulatan Gibraltar.

Lawatan itu sudah dua kali ditangguhkan, pertama ketika ahli politik Sepanyol membentuk kerajaan baharu dan bulan lalu Britain mengadakan pilihan raya umum.

Keluarga diraja Sepanyol itu disambut oleh Ratu Elizabeth II, yang juga saudara jauh Raja Felipe dalam satu majlis di kota London.

Pengarang dan bekas wartawan diraja akhbar Sepanyol, El Mundo, Ana Romero, berkata lawatan itu adalah acara penting dalam kalendar diraja Sepanyol. AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here