Rakyat Croatia bersama kami – Rakitic

0
379
Advertisement



PEMAIN tengah Barcelona, Ivan Rakitic percaya kebanggaan mewakili negara kecil dengan populasi penduduk hanya lebih empat juta di pentas final Piala Dunia dalam tempoh 68 tahun bakal menjadi pembakar semangat untuk mereka melakar sejarah.

“Ini adalah perlawanan bersejarah bukan saja untuk kami tapi untuk semua rakyat Croatia. Ada 4.5 juta pemain akan berada di dalam padang,” kata Rakitic.

“Kami akan saling membantu, kami akan memiliki tenaga, kami tahu ini adalah perlawanan terbesar dalam hidup kami.

“Kami mahu meninggalkan padang dengan rasa bangga. Kami hanya perlu sedikit tuah untuk mendapatkan keputusan baik.”

Meskipun Croatia terpaksa beraksi selama 120 minit ketika menewaskan England di separuh akhir, sehari selepas Perancis mara ke final dengan menyingkirkan Belgium di St Petersburg, Rakitic menegaskan keletihan bukan satu isu untuk beraksi di final.

“Kami masih memiliki lebihan kuasa dan tenaga, jangan risau,” tambah Rakitic.

Pemain berusia 30 tahun itu akan membuat 71 penampilan musim ini menentang Perancis di Moscow, lebih banyak berbanding mana-mana pemain di Piala Dunia selepas menjulang gelaran La Liga dan Copa del Ret bersama Barcelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here