Rakyat Guam hanya ada 14 minit untuk 'lari' dari peluru berpandu Korea Utara

0
37

LOS ANGELES: Pihak berkuasa tanah jajahan Amerika Syarikat, Guam hanya mempunyai tempoh 14 minit untuk memberikan amaran kepada rakyatnya yang pulau itu sedang berhadapan serangan peluru berpandu dari Korea Utara.

Menteri Dalam Negeri Guam, Jenna Gaminde pada Khamis berkata penduduk akan dimaklumkan menerusi bunyi siren yang akan dibunyikan menerusi Sistem Penggera Amaran Kecemasan yang diletakkan di sekeliling pulau itu.

Sistem itu telah dibina sejak 2014, sebagai sebahagian sistem amaran bagi berhadapan bencana tsunami, gempa bumi, banjir dan lain-lain.

Tentera Korea Utara dalam satu kenyataan pada Khamis berkata yang tentera akan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Guam jika diancam dan ia akan bergantung kepada arahan pemimpin tertingginya Kim Jong Un.

Tindakan itu diambil sebagai maklum balas terhadap amaran presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengeluarkan amaran keras terhadap Pyongyang pada Selasa.

“Korea Utara sewajarnya tidak membuat ancaman terhadap Amerika Syarikat. Mereka akan berhadapan dengan api dan kemarahan yang dunia tidak pernah saksikan,” kata Trump.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here