Rakyat Kanada mati dalam penjara Thailand

0
24


MAYAT Alexandre Cazes dibawa ke dalam van oleh polis Bangkok. – Foto ViralPress

BANGKOK : Seorang lelaki Kanada yang dijumpai mati di dalam sel penjara dilaporkan berada dalam senarai penjenayah dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) kerana rangkaian perniagaan haram dalam talian miliknya.

Sumber polis berkata, Alexandre Cazes ditahan di sini pada 5 Julai lalu, dan akan melalui proses ekstradisi ke AS bagi menghadapi tuduhan atas kesalahan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Sumber dari anti narkotik polis Thailand berkata, pengaturcara komputer itu dijumpai mati selepas menggantung dirinya menggunakan tuala pada 12 Julai lalu.

Menurut sumber, Cazes didakwa terbabit sebagai pengendali rangkaian perniagaan haram dalam talian.

“Ia adalah satu rangkaian perniagaan besar membabitkan penjualan pelbagai jenis dadah dan barangan lain yang menyalahi undang-undang,” kata sumber itu.

Beberapa spekulasi menyatakan rangkaian perniagaan itu dikenali sebagai AlphaBay yang terkenal di seluruh dunia sebagai bazar bawah tanah sebelum ia ditutup, susulan penangkapan Cazes.

Seperti Laluan Sutera yang ditutup Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada tahun 2013, AlphaBay menggunakan rangkaian sulit Tor dan mata wang maya Bitcoin untuk melindungi pengguna dari dikesan pihak berkuasa.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here