Rakyat lebih senang selepas BR1M?

0
123
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan gaji minimum diakui berkesan membantu rakyat dalam meningkatkan kesejahteraan isi rumah.

Jelas Pakar Ekonomi Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram kehidupan isi rumah berada dalam keadaan baik antara terutamanya antara tahun 2012 hingga 2014, disokong oleh harga komoditi yang tinggi.

Dalam ucapan yang disampaikan semasa Seminar Ketidaksamaraat dan Pengagihan Pendapatan anjuran Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) beliau menyatakan perbelanjaan isi rumah meningkat sepanjang 2012 hingga 2016, dengan golongan 40 peratus terendah (B40) mencatatkan pertumbuhan perbelanjaan isi rumah tertinggi.

Tetapi beliau berkata keadaan ini berubah sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Dari 2014 hingga sekarang, kisahnya sudah berubah susulan kesan pelaksanaan GST  dan penarikan beberapa subsidi,” jelasnya.

Jelasnya, dari segi cukai dan perbelanjaan (kerajaan), kedua-duanya menuju ke arah yang regresif (keterbelakang).

Ketua Pakar Ekonomi DM Analytics Dr. Muhammed Abdul Khalid yang bersetuju dengan kenyataan Dr Jomo itu menjelaskan cukai di negara ini adalah regresif dan tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah. Ini mendorong kepada ketidakadilan cukai di negara ini.

“Ini memerlukan pembaharuan dalam dasar percukaian secara keseluruhan,” jelas Muhammed yang merupakan penulis buku ‘Antara Dua Darjat’.

“Kita mahukan sistem cukai yang adil dan saksama untuk semua,” katanya.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 sementara GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian kerajaan de­ngan kadar maksimum sehingga RM1,200 pada tahun i

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here